Aku bercuti!.So,kali ni aku betul2 seronok bercuti selama 5 hari..nak mintak cuti ni pn terpaksa "tipu" boss.Aku ke Kelantan! Walaupun aku ni berasal dari sebelah je negeri Kelantan,ini kali ke 3 aku kesana...tempat yang biasa dilawati oleh orang2 luar ni mane lagi kalau tak Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor..banyak barang2 yang dijual dengan harga yang murah!..Aku sebenarnya tak keseorangan kat Kelantan ni...kat sini aku tinggal kat kampung "Atas Pinggir" (unikkan nama tu!)berdekatan dengan pekan Pasir Mas.Gambar kat tu adalah Surau Kampung Atas Pinggir.
Dalam perjalanan ke Rantau Panjang,mesti korang akan nampak ni..jangan tak percaya,ni bukan tokong cina atau mane2 tokong yang lain...ni adalah salah sebuah "Masjid" yang ada di Rantau Panjang.Reka bentuk masjid ni memang unik..dan ini adalah salah satu tarikan pengunjung ke Rantau Panjang.Mula2 aku tengok,mati2 aku ingatkan tokong cina..mulalah hati ni berdetik,"takkanlah kerajaan kelantan boleh bina tokong yang besar/unik mcm ni?"..sebab kite semua tahu Kelantan adalah sebuah negeri yang menitik beratkan nilai2 keagamaan..
Jalan nak ke Rantau Panjang ni ade sekatan polis..buka ape,Rantau Panjang tu merupakan sempadan Malaysia-Thailand.Thats why lah ade sekatan jalan dibuat-just check cukai mane tau tak berbayar!...tp orang2 Thailand/Malaysia bebas keluar masuk tapi masih lagi ikut peraturan...
Dan akhirnya aku sampai jugak ke Rantau Panjang.Time aku kesana jalan memang jem teruk..kebetulan lak waktu tu hari cuti umum..cuti2 mcm nilah ramai yang datang kesini..lupe nak cakp...aku ke Rantau Panjang ni naik bas..so,masa yang diambil tu agak lama sikit...lebih2 lagi driver bas tu nampak cam penakut je nak "cilok".....last2 kitaorang turun jalan kaki je..memandangkan dah dekat!hehehehehe.....
Nampak tu!.."Kompleks Imigresen Rantau Panjang"...maknanya dah sampailah tu..
Korang nampak tak signboard ni?...hehehe...jangan tak percaye!aku nak ke Thailand...sebenarnya memang kami tak merancang pun nak kesana,tapi bila dah nampak pemandangan dari jauh rasa teruja plak nak pergi.Lagipun bukan senang aku nak sampai ke situ..peluang dah depan mata!Untuk ke seberang sana takdelah susah pun.just beli tiket Rm1 untuk naik bot je..korang kena ingat,RM1 tu sebagai pas sementera je tau..untuk jalan2 je kat sana..jgn plak stay kat sana berhari2..itu kene request lainlah!
Ni kompleks Imegresen Pengkalan Kubor...sebenarnya untuk ke Thailand ni ade 2 jalan masuk Utama..satu di sempadan Rantau Panjang dan satu lagi melalui jalan Pengkalan Kubor..Disekitar pekan Pengkalan Kubor ni banyak kedai2 yang dijual dengan harga yang cukup murah.
RM1 untuk ke Thailand!..tiket ni boleh beli di pengkalan sewaktu nak naik bot.Kalau nak tahu "Taba" tu adalah panggilan ringkas untuk Thailand,dan "Kalan Kubor"pulak untuk Pengkalan Kubor...aku mule2 tu tergelak jugak tapi..cuba faham je le!...
Dalam bot yang kami naik ni ada jaket keselamatan.Penumpang2 dikehendaki pakai jeket ni...biarpun jarak antara pengakalan tidaklah sejauhmana..tapi keselamatan tetap diutamakan!
Pemandangan Thailand dari atas bot yang kami naik..aku ni memang pernah naik bot..takut!tapi hari tu cuaca ok je...ombak pun taklah kuat sangat!
Pengkalan Malaysia dah jauh tinggal dibelakang...hehehehe..cantikkan?..
Ni pulak pengkalan Thailand yang makin hampir dengan kami...seronoknye!
Akhirnye kitaorang sampai jugak ke Thailand.Akulah yang paling seronok...(sebab kwn aku tu dah memang asal org kelantan) sampai ke negeri/negara orang.Kat Taba ni tak banyak beza pun ngan Kelantan,barang2 yang dijual pun lebih kurang sama je..cam tu jugak dengan nilainya.Aku tetap bayar dengan RM.Cuma penempatannya saje yang agak lain..kadang2 nampak cam berterabur..tapi dieorang tetap dengan rutin berniaga.
Kami kat Taba ni tak lama,lagipun tempat yang tak biasa ni rasa agak takut sikit.Yelah...bila dah datang tempat orang,lagipun kawan aku ni jarang sekali kesini walaupun berasal dari Kelantan.Singboard kat atas tu menunjukkan kami dah nak balik ke Malaysia...huhuhuhu...
Ni kuanter Immigration Takbai...kecik je,cam kuanter tiket bas mini kat Malaysia ni..
Dan akhirnya kami dah pun sampai...hanya beberape minit je kami di sempadan sana,lagipunmasa tak mengizinkan..yelah,perkara yang tak dirancang ni agak tidak selesa.
Sampai je kat Malaysia..kastam buat pemeriksaan.Tapi kitaorang tak kene check pun coz takde beli barang pun..just benda yang kecik2 je.
Dalam perjalanan balik tu sempat lagi singgah ke kawasan bebas cukai di Pengkalan Kubor.Kat sini barang2 yang dijual pun lebih kurang sama dengan Rantau Panjang.Tapi..tempat je saje yang tidak seluas atau sebesar Rantau Panjang.
Ini salah satu kedai yang terdapat di kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor.Seronok kalau kesana..mcm yang aku cakap tadi,barang2 kat sana sumenye murah2..mungkin kerana faktor itulah ramai yang datang kesana untuk membelah belah...jauh pun takpe..tapi seronok!Itulah pengalaman pertama aku bercuti ditempat orang.Untuk ke Narathiwat tu memang tidak dirancang.Tapi itulah kenyataannya...sekurang-kurangnya pengalaman pendek aku ni boleh dikongsi dengan mereka2 yang suka bercuti. Thailand sebuah negara yang ada kelebihannya..dan jangan jadikan cerita2 sebagai satu alasan untuk kita ciptakan jurang sesama kita,mereka juga sama seperti kita,cara hidup dan agama je yang lain.Cuma kita yang terpilih untuk MALAYSIA!


No comments:
Post a Comment